Biografi Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid
Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid dilahirkan pada hari Jumat, 12 April 1974, ba’da Jumaat di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Beliau anak ke-2 dari 6 adik-beradik (4 lelaki dan 2 perempuan). Beliau berasal dari keluarga sederhana yang di desa yang didiami oleh para ulama’ dan terdapat juga beberapa buah pondok pesantren di situ.
Guru-guru Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid semasa di kampung halaman:
- Ustadz Hasan Baharun
- Ustadz Soleh Bal As’ad
- Ustadz Abdul Hamid
- Ustadz Soleh Bin Agil
- Ustadz Ahmad Barakwan
- Ustadz Husin Bin Abu Bakar
Dan masih banyak lagi para asatidzah. Beliau berguru dengan kesemuanya beberapa kitab dalam bidang agama.
Pada usia beliau 21 tahun, dengan restu Ayah dan bunda, Al Habib Abu Bakar bin Salim Al Hamid, pergi belajar ke Hadhramaut, Yeman.
Di Hadhramaut, beliau berguru dengan:
- Al Habib Umar bin Hafidz (pemimpin Dar Al Mustafa)
- Al Habib Ali Masyhur
- Al Habib Salim As Syatiri
- Al Habib Hasan As Syatiri
- Al Habib Abdullah Bin Syihab
- Al Habib Abdul Qadir Jailani Al Masyhur
- Al Habib Abdullah bin Syeikh Al Idrus
- Syeikh Fadal Ba Fadal
- Al Habib Musa Al Kazim As Saqqaf
- Syeikh Umar Husain Al Khatib
- Syeikh Umar Abu Bakar Al Khatib
- Al Habib Ali Abdul Rahman Al Jufri
Beliau merupakan salah satu murid Al Habib Umar bin Hafidz yang pertama di Dar Al Mustafa. Bakat dan semangat dakwahnya banyak dan tumbuh berkat asuhan langsung dari Al Habib Umar bin Hafidz.
Setelah belajar di Hadhramaut, Yeman, beliau meneruskan belajar ke Mesir. Selama 5 tahun di Universitas Al Azhar, beliau terus berguru mendalami ilmu-ilmu agama dengan:
- Dr. Abdul Badi’ Abu Hashim
- Dr. Saad Jawish
- Dr. Ali Jum’ah
- Dr. Muhammad Jibril
Di sana beliau, tidak hanya belajar, beliau terus mengasah kemahiran berdakwah beliau dengan mengajar dan mendidik pelajar-pelajar sari berbagai negara.
Setelah menerima ijazah dalam jurusan ‘Islamic Legislation and Law’ dari Universiti Al Azhar, beliau meneruskan kembara ilmunya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Malaysia, dalam jurusan Al Quran dan Sunnah. Dan pada tahun 2004, beliau mernikah, dan saat ini beliau telah dianugerahkan 3 orang puteri.
Pada tahun 2004, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri, pengasas Darul Murtadza berhijrah ke Kota Tinggi, Johor. Oleh kerana itu, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri telah meminta kepada Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid untuk menjadi pengasuh.
Alhamdulillah, sejak saat itu, Darul Murtadza telah berkembang dari sebelumnya pengajian hanya berlangsung di rumah Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dengan jemaah 10 – 20 orang. namun saat ini sudah berpindah ke di Surau Al Hidayah (AU3) dengan jemaah yang makin bertambah.
Latar belakang pendidikan dan pengembangan diri Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid yang dinamik dan menyeluruh, sehingga kemahiran berdakwah yang telah diasah dan dibentuk oleh guru-guru beliau, menjadikan beliau seorang pendidik dan pendakwah yang bukan hanya dikenali dengan kehebatan beliau bagian ilmu dan dakwah, tetapi juga dikenali kerana akhlak dan adab beliau yang mulia.
0 Response to "Mengenal Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid"
Posting Komentar